*UJIAN* Sudah lama sudah tidak menulis, kini aku kembali dalam ruanganku. Hanya sekadar berkongsi kesedihan dan tempat aku meluah perasaan yang terbuku dalam hatiku ini. Satu persatu ujian menimpa diriku. Kadang aku pernah terfikir, "kenapa asyik aku" Tapi kenapa perlu aku persoalkan ujian itu, sememangnya ia untukku dan aku hanya perlu harungi dengan tabah dan sabar. Aku hanya perempuan biasa. Yang kini, aku bakal berstatus 'J' Pelbagai ujian yang telah menimpaku. Namun, aku masih lagi berdiri di atas muka bumi ini dengan tabah. Allah yang bagi ujian dan kekuatan itu. Aku hanya menjalaninya sahaja. Esok, penentu untuk aku. Sama ada suamiku akan menceraikan aku atau tidak. Aku baru sahaja berkahwin.Bulan ini genaplah setahun. Akan tetapi, esok kami akan ke jabatan agama islam. Aku sudah tidak tahu lagi akan nasibku. Hanya ku berserah urusanku ini kepada Allah yang Maha Mengetahui dan Mengerti. Sebelum aku bertemu jodoh, kawan baik aku sendiri yang "tikam belaka...