*UJIAN*
Sudah lama sudah tidak menulis, kini aku kembali dalam ruanganku. Hanya sekadar berkongsi kesedihan dan tempat aku meluah perasaan yang terbuku dalam hatiku ini.
Satu persatu ujian menimpa diriku.
Kadang aku pernah terfikir, "kenapa asyik aku" Tapi kenapa perlu aku persoalkan ujian itu, sememangnya ia untukku dan aku hanya perlu harungi dengan tabah dan sabar.
Aku hanya perempuan biasa.
Yang kini, aku bakal berstatus 'J'
Pelbagai ujian yang telah menimpaku.
Namun, aku masih lagi berdiri di atas muka bumi ini dengan tabah. Allah yang bagi ujian dan kekuatan itu. Aku hanya menjalaninya sahaja.
Esok, penentu untuk aku. Sama ada suamiku akan menceraikan aku atau tidak. Aku baru sahaja berkahwin.Bulan ini genaplah setahun. Akan tetapi, esok kami akan ke jabatan agama islam. Aku sudah tidak tahu lagi akan nasibku. Hanya ku berserah urusanku ini kepada Allah yang Maha Mengetahui dan Mengerti.
Sebelum aku bertemu jodoh, kawan baik aku sendiri yang "tikam belakang aku sendiri" bertahun-tahun lamanya dia menghantar sihir untuk sekat rezeki, jodoh ku. Kerana perasaan tidak puas hati. Setelah sembuh berubat sana sini. Sekarang aku diuji lagi. Lagi sekali aku berdepan dengan 'Santau' kiriman orang yang tidak punya sekelumit iman dalam dadanya. Aku dan suami bakal bercerai asbab inilah. Mungkin ada hikmahnya. Itu sahaja ayat yang dapat memujuk hati dan perasaan ku kini. Kata2 ku tidak akan didengari olehnya lagi. Percaya!Akan benda ini jauh sekali. Suamiku!Dia dah tinggalkanku sebulan lebih tanpa nafkah, tanpa pertanyaan khabar. Pada fikiranku suamiku sudah pun mati! Kenapa? Kerana emosi, hati nuraninya telah hilang. Akal sihatnya juga telah hilang pertimbangan. Aku hanya manpu untuk meluah menerusi tulisan ini sahaja.
"Jumpa di mahkamah" Inilah kata keramatnya menerusi ruangan whatssap
Esoklah penentunya, sama ada aku, dan suamiku akan dikuanseling atau aku bakal berstatus 'J'.
Aku sedih. Tapi, aku reda. Aku sedih, Tapi kena sabar.
Rencana Allah itu yang terbaik untukku.
Nasihatku, cuma satu, jangan percayakan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga kerana rambut itu sudah jelas-jelas hitam tetapi hati, tidak siapa pun yang tahu.
Moga Allah permudahkan urusanku.

Comments
Post a Comment